Search This Blog

Wednesday 14 December 2011

Bantuan Rakyat 1 Malaysia

Sila ambil perhatian terhadap borang palsu yang disebarkan oleh pihak yang ingin meraut keuntungan seiringan dengan perlancaran BR1M oleh Kerajaan Malaysia.



Borang yang terdapat di laman web Kementerian Kewangan Malaysia (http://www.treasury.gov.my/pdf/br1m/Borang_BR1M.pdf) TIADA arahan untuk mengisi Nombor Akaun Bank. Salinan yang diperlukan hanyalah salinan MyKad (salinan mykad bagi semua tangungan termasuk suami/isteri) dan penyata gaji (jika ada).



Bagi penduduk Kampar, borang BR1M boleh diperolehi di Pejabat Daerah Dan Tanah Kampar (Unit pembangunan Luar bandar).



Pemohonan boleh dibuat dari 5 haribulan Disember 2011 sehingga 31 haribulan Disember 2011 Tarikh akhir permohonan bagi sesi kedua ialah 10 haribulan Februari 2012. Waktu urusan pejabat ialah dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.



(Bagi mereka yang telah menerima surat bantuan, bolehlah menziarahi bank yang ditetapkan : MayBank, CIMB, dan BSN)

No comments:

Post a Comment